
الملاوية
Program Mempelajari Bahasa Arab ‘Mubin’
- Program mempelajari Bahasa Arab ‘Mubeen’ merupakan satu program latihan yang diiktiraf untuk pembelajaran Bahasa Arab kepada penutur bukan berbahasa Arab. Program ini dilaksanakan melalui kursus-kursus yang pelbagai bersesuaian dengan keperluan pemohon.
Jangka MasaYuranMatlamat ProgramKeistimewaanCara Pendaftaran
- Bermula 1 Ogos 2016 sehingga 31 Ogos 2016.
- USD 80 Untuk Seorang.
- Sempena pelancaran program ini, seramai 2,000 pesertra terawal akan dikecualikan dari yuran penyertaan.
Objektif utama Program Bahasa Arab ‘Mubeen’ adalah seperti berikut:
- Melatih pelajar mengenai asas-asas kemahiran bahasa Arab supaya ia boleh meningkatkan prestasi di dalam bidang pengajian.
- Melatih pelajar tentang asas pertuturan, asas membaca,kemahiran berkomunikasi dan membaca.
- Mendedah kepada pelajar untuk lebih mengenali berkenaan agama Islam.
- Mempelajari tentang Sirah Nabawiah.
- Dapat menyelesaikan masalah sukar mempelajari dan mendalami Bahasa Arab.
- Penggunaan kaedah e-pembelajaran memberi kemudahan untuk pembelajaran di mana sahaja dan pada bila-bila masa.
- Bahan-bahan pendidikan mudah didapati melalui media elektronik.
- Pengajian dipelbagaikan mengikut peringkat yang bersesuaian dengan tahap keupayaan pelajar.
- Hubungan langsung diantara guru dan pelajar melalui teknologi terkini.
- Pengajian melalui guru yang fasih dalam bahasa-bahasa dunia disamping penguasaan bahasa Arab sebagai bahasa pertama.
- Borang pendaftaran boleh diisi secara ‘online’. (Sila tekan di sini)
- Sila semak e-mel untuk mendapatkan nama pengguna dan kata laluan.
- Masuk ke laman utama untuk semak pendaftaran. (Sila tekan di sini)
- Dapatkan Surat Tawaran Awal melalui e-mel.
- Menjalani ujian prestasi penilaian tahap kecekapan Bahasa Arab secara elektronik.
- Pastikan anda menerima Surat Tawaran Akhir yang akan memaklumkan tahap kursus pengajian serta tarikh pengajiian bermula.
- Pelajar akan memasuki Portal Khas Pelajar untuk memulakan sesi pengajian Program Bahasa Arab ‘Mubeen’. (Sila tekan di sini)